Google+ Followers

Tuesday, May 14, 2013

Binalah bahagia pada dua hati berbeza ~


Satu hari, saya memandu kereta membawa ibu saya ke pasar ikan, setibanya di sana didapati ikan yang hendak dibeli tiada. Saya ajak ibu untuk ke kedai lain di kampung seberang. Kata ibu, "takpelah, mari kita balik sebab ma minta izin dengan abah untuk ke kedai ni je." Saya akur dengan ketaatan ibu kepada ayah dan terus memandu pulang.


Suatu hari, ibu tergesa-gesa masuk ke bilik saya, katanya dengan nada berbisik "abang, duit yang abah bagi kat ma tadi dah habis, abang ada duit tak sikit, ma nak pinjam dulu, nak beli santan untuk siapkan gulai." Kemudian, saya terus keluarkan duit dan bergegas ke kedai mendapatkan santan untuknya. Petang itu seperti biasa kami sekeluarga makan bersama-sama. Tiba-tiba ayah tanya ibu, "duit tadi cukup ke.." kata ibu "Alhamdulillah,­ cukup". Cukup terharu dengan setiap jawapan ibu, cukup atau tidak semuanya dijawab cukup. Bukan sehari dua ia berlaku.



Setiap hari, ibu akan menyambut ayah pulang dari tempat kerja di depan rumah, dengan pakaian yang baik dan wajah penuh senyuman. Dalam ibadah juga, ibu sangat istiqamah melakukannya.



Sungguh ia sangat membahagiakan ~



'''''''''''''''­''' '''''''''''''''­'' '''''''''''''''­''''

Saya catatkan beberapa elemen untuk suami dan isteri


Empat perkara yang perlu bagi seorang isteri

1. Taat
2. Terima kasih
3. Berhias untuk suami
4. Jaga diri ketika suami tiada


Empat perkara yang perlu bagi seorang suami

1. Pendengar yang baik
2. Penyayang
2. Memaafkan
4. Jaga hubungan dengan orang tua dan mertua


...........








Coretan ringkas ini khas buat teman-teman yang baru mendirikan rumahtangga dan yang bakal menempuhinya.



Binalah bahagia pada dua hati berbeza ~



copy paste from Kailani Zahari.