Google+ Followers

Tuesday, May 28, 2013

tahniah bride-to-be



wahh. cepatnya masa berlalu.
umur dah masuk 23 tahun.


tahniah buat kawan kawan yang akan berkahwin nanti
ex-naim lilbanat batch '03-'07
Nur Fazirin, Norizzati, Mazlina dan Nur Wadihah
Barakallah sahabat.
Semoga berbahagia. Bercinta sampai ke syurga :)

tengok foto foto yang lama.
rindu pulak zaman sekolah.
zaman budak budak.
hepi time tuh sekeliling penuh dgn kwn kwn.
ade abah, ade umi, hidup dgn family
skrg dah lain, harus belajar hidup berdikari :)
bangkit ketika jatuh, kuatkan semangat bile sedih,
kawal diri ketika marah




Zaman form 5 USL. '07 





Dalam kelasss.. time skolah dlu mesti duk meja depan skali  atau tgah.
sedar diri bile rabun jauh. hakhakhak :p



Masa form 3.. rumah sukan.. nampak tak billion blakang tuh?

tiap2 kalu outing mesti kuar g billion dgn diorang
law tak outing punn mesti kuar senyap senyap time balik skolah.
menyamar jadi budak berulang.. #asrama aspurina





Masa last form 5. Annual dinner geng g40 ;p


Rindunyaaa zaman sekolahhh. fuhhh fuhh :(

Thursday, May 23, 2013

petunjuk petunjuk..

thanks to her.
sebab banyak bagi nasihat untuk aku.
sampai marah marah dah dia kat aku.
disaat aku down.

tu pentingnya sahabat.
disaat kita rasa lemah, mereka akan menguatkan.
aku masih dalam proses belajar menjadi manusia lebih baik.

bila aku down sangat,
 aku mempersoalkan hal yg tak patut aku persoalkan
someone | salah sorg sahabat aku pesan,




sebelum kita tengok orang lain, kita kena tgok diri kita dahulu.
cukup sempurnakah kita?
kalau rase nak ubah orang, ubah kita dulu!

macamana nak mula?

dia cakap, 1st thing
bila rasa nak ubah jadi lebih baik, 
jangan peduli pandangan orang lain.

niat kena ikhlas
semata mata kerana Allah :)

semua bermula dgn niat.


oh, susah tuh bagi aku. wakaka ;p







Tuesday, May 14, 2013

Binalah bahagia pada dua hati berbeza ~


Satu hari, saya memandu kereta membawa ibu saya ke pasar ikan, setibanya di sana didapati ikan yang hendak dibeli tiada. Saya ajak ibu untuk ke kedai lain di kampung seberang. Kata ibu, "takpelah, mari kita balik sebab ma minta izin dengan abah untuk ke kedai ni je." Saya akur dengan ketaatan ibu kepada ayah dan terus memandu pulang.


Suatu hari, ibu tergesa-gesa masuk ke bilik saya, katanya dengan nada berbisik "abang, duit yang abah bagi kat ma tadi dah habis, abang ada duit tak sikit, ma nak pinjam dulu, nak beli santan untuk siapkan gulai." Kemudian, saya terus keluarkan duit dan bergegas ke kedai mendapatkan santan untuknya. Petang itu seperti biasa kami sekeluarga makan bersama-sama. Tiba-tiba ayah tanya ibu, "duit tadi cukup ke.." kata ibu "Alhamdulillah,­ cukup". Cukup terharu dengan setiap jawapan ibu, cukup atau tidak semuanya dijawab cukup. Bukan sehari dua ia berlaku.



Setiap hari, ibu akan menyambut ayah pulang dari tempat kerja di depan rumah, dengan pakaian yang baik dan wajah penuh senyuman. Dalam ibadah juga, ibu sangat istiqamah melakukannya.



Sungguh ia sangat membahagiakan ~



'''''''''''''''­''' '''''''''''''''­'' '''''''''''''''­''''

Saya catatkan beberapa elemen untuk suami dan isteri


Empat perkara yang perlu bagi seorang isteri

1. Taat
2. Terima kasih
3. Berhias untuk suami
4. Jaga diri ketika suami tiada


Empat perkara yang perlu bagi seorang suami

1. Pendengar yang baik
2. Penyayang
2. Memaafkan
4. Jaga hubungan dengan orang tua dan mertua


...........








Coretan ringkas ini khas buat teman-teman yang baru mendirikan rumahtangga dan yang bakal menempuhinya.



Binalah bahagia pada dua hati berbeza ~



copy paste from Kailani Zahari.