Tuesday, June 18, 2013

done viva fyp

dah habes viva fyp.
walaupun tak dapat lakukan sehabis baik
tp Alhamdulillah, Allah still tolong aku 
Thank you Allah.

Still hoping for the best for my sist.
the only one, kakak yg aku ade.
Anis Kauthar binti Mokhtar
Ya Allah, berikanlah kemudahan untuk kakak aku melahirkan anak sulongnye
Amin.

Niat nak solat hajat tiap tiap hari untuk kakak aku sampai dia bersalin.
Nazar untuk puasa 7 hari

Ya Allah, permudahkanlah segalanye 

Amin amin amin.






Saturday, June 1, 2013

my moja moja :)

kadang kadang rase budak ni sangat sweet :)
smalam sebelum tidur, my moja moja send mesej.

moja moja : salam, ni ijah pinje tepon kakak..
                   ijah nk pinje tudung warna kuning ngan beg bulih dok?
                   kalu ijah nk topup sendiri buley ko?

me : (dengan muka mamai mamai nak tidur dah)
       yolasss bulatt

tiba tiba teringat masa budak ni nak gi birthday kawan dia.
still minta kebenaran dari aku.


i feel like "ibu tunggal" haha
      
syukur Alhamdulillah
thank you Allah.
kurniakan adik yang sgt baik. as her :)

Tuesday, May 28, 2013

tahniah bride-to-be



wahh. cepatnya masa berlalu.
umur dah masuk 23 tahun.


tahniah buat kawan kawan yang akan berkahwin nanti
ex-naim lilbanat batch '03-'07
Nur Fazirin, Norizzati, Mazlina dan Nur Wadihah
Barakallah sahabat.
Semoga berbahagia. Bercinta sampai ke syurga :)

tengok foto foto yang lama.
rindu pulak zaman sekolah.
zaman budak budak.
hepi time tuh sekeliling penuh dgn kwn kwn.
ade abah, ade umi, hidup dgn family
skrg dah lain, harus belajar hidup berdikari :)
bangkit ketika jatuh, kuatkan semangat bile sedih,
kawal diri ketika marah




Zaman form 5 USL. '07 





Dalam kelasss.. time skolah dlu mesti duk meja depan skali  atau tgah.
sedar diri bile rabun jauh. hakhakhak :p



Masa form 3.. rumah sukan.. nampak tak billion blakang tuh?

tiap2 kalu outing mesti kuar g billion dgn diorang
law tak outing punn mesti kuar senyap senyap time balik skolah.
menyamar jadi budak berulang.. #asrama aspurina





Masa last form 5. Annual dinner geng g40 ;p


Rindunyaaa zaman sekolahhh. fuhhh fuhh :(

Thursday, May 23, 2013

petunjuk petunjuk..

thanks to her.
sebab banyak bagi nasihat untuk aku.
sampai marah marah dah dia kat aku.
disaat aku down.

tu pentingnya sahabat.
disaat kita rasa lemah, mereka akan menguatkan.
aku masih dalam proses belajar menjadi manusia lebih baik.

bila aku down sangat,
 aku mempersoalkan hal yg tak patut aku persoalkan
someone | salah sorg sahabat aku pesan,




sebelum kita tengok orang lain, kita kena tgok diri kita dahulu.
cukup sempurnakah kita?
kalau rase nak ubah orang, ubah kita dulu!

macamana nak mula?

dia cakap, 1st thing
bila rasa nak ubah jadi lebih baik, 
jangan peduli pandangan orang lain.

niat kena ikhlas
semata mata kerana Allah :)

semua bermula dgn niat.


oh, susah tuh bagi aku. wakaka ;p







Tuesday, May 14, 2013

Binalah bahagia pada dua hati berbeza ~


Satu hari, saya memandu kereta membawa ibu saya ke pasar ikan, setibanya di sana didapati ikan yang hendak dibeli tiada. Saya ajak ibu untuk ke kedai lain di kampung seberang. Kata ibu, "takpelah, mari kita balik sebab ma minta izin dengan abah untuk ke kedai ni je." Saya akur dengan ketaatan ibu kepada ayah dan terus memandu pulang.


Suatu hari, ibu tergesa-gesa masuk ke bilik saya, katanya dengan nada berbisik "abang, duit yang abah bagi kat ma tadi dah habis, abang ada duit tak sikit, ma nak pinjam dulu, nak beli santan untuk siapkan gulai." Kemudian, saya terus keluarkan duit dan bergegas ke kedai mendapatkan santan untuknya. Petang itu seperti biasa kami sekeluarga makan bersama-sama. Tiba-tiba ayah tanya ibu, "duit tadi cukup ke.." kata ibu "Alhamdulillah,­ cukup". Cukup terharu dengan setiap jawapan ibu, cukup atau tidak semuanya dijawab cukup. Bukan sehari dua ia berlaku.



Setiap hari, ibu akan menyambut ayah pulang dari tempat kerja di depan rumah, dengan pakaian yang baik dan wajah penuh senyuman. Dalam ibadah juga, ibu sangat istiqamah melakukannya.



Sungguh ia sangat membahagiakan ~



'''''''''''''''­''' '''''''''''''''­'' '''''''''''''''­''''

Saya catatkan beberapa elemen untuk suami dan isteri


Empat perkara yang perlu bagi seorang isteri

1. Taat
2. Terima kasih
3. Berhias untuk suami
4. Jaga diri ketika suami tiada


Empat perkara yang perlu bagi seorang suami

1. Pendengar yang baik
2. Penyayang
2. Memaafkan
4. Jaga hubungan dengan orang tua dan mertua


...........








Coretan ringkas ini khas buat teman-teman yang baru mendirikan rumahtangga dan yang bakal menempuhinya.



Binalah bahagia pada dua hati berbeza ~



copy paste from Kailani Zahari.

Tuesday, April 30, 2013

Dunia terlalu kecil untuk ditangisi.


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.

Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?


Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.






Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:

"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."


Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?


Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:


Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.


dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.



Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.


Artikel iluvislam.com

Allah, change me.

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. 

Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. 

Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku

Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku.
 Maka aku mula mengubah keluargaku.

 Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.






Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku.



 Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. 



|copypaste|

Saturday, April 6, 2013

final year student.

yeahh. get ready.
Dah final year..
happy sangat sangat..

Update blog.. finally. I'm back.
menanam. membaja minat kat blog pulakk lahh.
isi masa lapang..
lapang lahh sangaat kann.
Thesis belum siap lagi. belum hantar,
hopefully this semester dapat berjalan dengan lancar.

Amin. amin. amin :)

Last trip.. final year.. me'lagha'.
pasni takdak dah. sebab takdak masa dah. hihi.

Botanical garden- pantai- toy museum- taman penang

Mission utama ---- Toy Museum pulau pinang.


On the way nak gi jejalan area penang


Museum ni best penuh dengan macam macam toy

 Ehhh. yang belakang ni bukan snow white ke? 

DORAEMON~! paling sukaa citer ni :D


Sebenarnya banyak lagi patung patung kat sini.. tapi tak upload sume.
Ultraman, Sailormoon, Mr. Bean, Superman etc. sume ade.. best sangat jumpa diorang ni sume. rase excited sangat sbb mase kecik kecik dlu minat sangat kat kartun kann.. siap tiap2 hari ade list nak tgok citer kartun ape.. hihi2

batu ferringhi..

Cantik pantai kat sini.. tapi kitorg singgah jap je.. tapi banyak pulak bot kat sini.. law nak main payung terjun kat sini pun ada..

 Amboihh. posing bagai retiss pulakk. hihihi

Tropical Spice Garden---

Pastu terus g Tropical Spice Garden..Taman rempah ratus. ehhh. menghayati keindahan alam ciptaan tuhan yg maha Esa.



Silap amek peta dalam bahasa cina. bukan paham punn. Kat sini banyak pokok pokok yang pelik siap dengan nama saintifik sekali....

 Hepi betol faizin dapat pegi Spice garden..

Bukan adventure sangat pun tapi ada lah kene daki gak sket sket. dahla tempat tu agak curam sedikit. hihi


Jambatan tergantung dekat Spice Garden.. klasik pulak nampak..

 Rempah ratus kat Spice Garden..

Meloncat loncat nak sentuh palang tu. sebab tak cukup tinggi..


 Zulaika-- hepi jumpa batu batu kat jalanan..

 Ada gelongsor gak kat sini tapi takleh guna lah. bahaya kot ade ular yang menternak secara haram kat dalam tu.. hahaha.

Cooking School.. tapi takde pape kat sini sb pintu tu kunci. kami tak dapat masuk nak usha pe yang ade kat dalam.. rugi..

Next trip--- Taman Botani 


tempat riadhah yang sangat besar. Sesuai lah kalau nak pegi berjoging serata alam.. nak buat program riadhah pape.. sb tempat ni sangat luas.. puas hati ! :D
Masa kami pergi tu, ada pasangan mamak yang tengah foto shoot gambar kawin..


Hihi.. mungkin ni last kot jalan jalan area penang sebagai seorang mahasiswa..
sebab pasni dah grad.. InsyaAllah.
ada lebih kurang 2 bulan lagi nak babai kat USM. babai penang.
Sayonara :D